Dilea - Open Tuition Matematik (Tingkatan 5)

7 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

6 Februari 2026 – Seramai 2 pelajar di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi sesi pembelajaran Dilea iaitu Open Tuition Matematik khas untuk Tingkatan 5.

Sepanjang sesi ini, pelajar didedahkan kepada topik-topik penting Matematik Tingkatan 5 seperti fungsi, kebarangkalian, statistik, geometri dan algebra. Setiap topik diajar secara berperingkat dengan penerangan yang jelas bagi membantu pelajar memahami konsep asas sebelum beralih kepada soalan yang lebih mencabar.

Selain itu, program ini turut menekankan teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan berkesan. Pelajar dibimbing melalui contoh soalan, latihan berfokus serta perbincangan jawapan bagi meningkatkan ketepatan dan keyakinan dalam menjawab soalan Matematik.

Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali